Sunday, May 24, 2009

PERASMIAN SURAU AL-BARAKAH
















Majlis perasmian Surau Al-Barakah Taman Mawar telah disampurnakan oleh Y.B. Dato`Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Merangkap Menteri pengajian Tinggi Malaysia Pada 23/05/2009 (Sabtu) bersamaan dengan 28 Jamadil Awal 1430 hijrah.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Al-Quran oleh Adek Wan Mohd Shakir Bin Dr Wan Adnan diikuti dengan bacaan Doa Oleh Tuan Hj Kamaradin selaku Tim.Pengerusi Surau Al-Barakah dan seterusnya Ucapan Aluan Oleh En Hashim Bin Abd.Rahman selaku pengerusi surau Al-Barakah serta Ucapan dan perasmian oleh Dato`Seri.
Setelah Ucapan Perasmian Oleh Y.B Dato`Seri, Majlis juga telah menyampaikan cenderahati dan penghargaan kepada pengerak masyarakat dan surau Al-Barakah diikuti menandatangani Plak Perasmian, lawatan ke booth pameran,perasmian halaman blog surau al-barakah, serta menanam pokok.
AJK surau Al-Barakah mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut khasnya kepada:-1. Umno Cawangan Taman Mawar2. Umno Mawar Utama, Taman Mawar3. Umno Fasa 5 Taman Mawar4. KRT Fasa 2,3 & 4 Taman Mawar5. KRT Fasa 1 Taman Mawar6. KRT Rumah Pangsa Taman Mawar7. KRT Fasa 5 Taman Mawar8. Jawatan Kuasa Penduduk Fasa 29. Jawatan Kuasa Penduduk Fasa 410. Jawatan Kuasa penduduk Fasa 511. Majlis Perbandaran Pasir Gudang 12. Majlis Agama Islam Johor13. IPD Seri Alam14. Balai Polis Pasir Gudang15. Balai Bomba Pasir Gudang16. Penghulu Mukim Plentong17. Ketua kampung Pasir Gudang18. Ajk Penyelaras KRT Zon Pasir Gudang19. Biro Kemasyarakatan & NGO Umno Pasir Gudangdan kepada semua yang terlibat sehingga berjayanya majlis tersebut. Semoga Allah Jua yang membalas jasa-jasa mereka.

2 comments:

  1. salam...
    alhamdulillah akhirnya surau ini dapat di rasmikan..walaupun hujan di waktu itu.. insyaAllah kita imarah kan surau ini beramai2..
    dan kepada pakcik2 dan makcik2 yang menjayakan majlis ini semoga jasa2 baik akan di balas si akhirat kelak...insyaAllah

    ReplyDelete
  2. tahniah..semoga lebih aktif dalam membuat aktiviti,dan lebih banyak membuat entri di dalam blog ni..juga perbanyakkan lah gambar2 agar lebih menarik,juga boleh dijadikan kenangan kepada semua..anyway,good start,well done suraualbarakah.blogspot.com

    ReplyDelete