Tuesday, March 15, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432


12/03/2011 (Sabtu) Majlis sambutan Maulidur Rasul 1432 telah di adakan disurau Albarakah Taman Mawar.

Majlis bermula pada jam 08:00 Pagi dengan program yang dianjurkan oleh Helwa Surau Al Barakah iaitu program pertandingan Nasyid/Tulisan Jawi/Afazan/Azan dan majlis perarakan bermula pada jam 06:15 petang dan disudahi dengan ceramah oleh ustaz Hazlin Bin Bahrin

Tuesday, March 1, 2011

Futsall ukhwah Surau Al Barakah


Aktiviti Futsall antara masjid dan surau anjuran Surau Al barakah telah diadakan pada 27/03/2011 (Ahad) dari jam 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan Surau Al barakah bagi merapatkan lagi golongan muda untuk mendekati Rumah Allah serta melahirkan dari kalangan Muda untuk berminat terhadap Masjid dan Surau.

Sunday, February 20, 2011

Ceramah Bulanan - Bulan february



20/02/2011 (Ahad malam Isnin) Ceramah bulanan anjuran Surau Albarakah telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Arif Kasmo " Pengukuhan Akidah menerusi penghayatan dalam Al-Quran Al kareem.
Program berkisar berkenaan dengan:-

  • KEAGUNGAN ISLAM

  • KEPERCAYAAN DENGAN KEAGUNGAN ISLAM DAN ALLAH S.W.T

  • MAKLUMAT SAINS MENUNJUKAN KEAGUNGAN ALLAH S.W.T. DAN BUKAN REKAAN SEMATA-MATA

  • KEIMANAN DAN AKIDAH MEMAINKAN PERANAN DENGAN PEGANGAN ISLAM

Tuesday, December 28, 2010

Majlis meraikan Haji dan Hajjah tahun 2010 dan perasmian Kursus Haji 2011


28/12/2010 (Selasa malam Rabu) pihak pengurusan surau Al-Barakah telah meraikan kepulangan Haji dan Hajjah yang telah selamat menunaikan Fardu Haji Pada tahun 2010.
Bermula pada malam tersebut juga diadakan majlis perasmian belajar Fardu Haji Pada Tahun 2011 yang telah disampurnakan oleh Imam Zaini.
Kepada semua muslimin dan muslimat dijemput bersama-sama hadir untuk menambahkan ilmu didalam mendalami lagi bab-bab mengerjakan rukun islam yang ke 5 ini bila ianya dimulakan kelak. Jadual akan diedarkan dan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini.

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Ibadah Qurban 2010 Surau Al Barakah Taman Mawar


17/11/2010 (Rabu) Ibdah Qurban anjuran Surau Al-Barakah telah diadakan selepas solat Aidil Adha.

Sebanyak 6 Ekor Lembu dan 2 ekor Kambing telah dikorbankan di dalam majlis tersebut.

Sumbangan masyarakat setempat seperti Helwa, KRT didalam menjayakan Ibadah Qurban bagi pihak Surau Al-Barakah mengucapkan ribuan terima kasih.

Semoga segala pengorbanan dari pihak tuan dan puan, Allah sahaja yang akan membalasnya. Insallah

Wednesday, October 6, 2010

Meraikan Bakal Haji dan Hajjah



06/10/2010 (Rabu) Selepas Solat Isyak, Diadakan Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji Dan Hajjah
Majlis Di Mulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa Selamat ,penjagaan Dan Penerangan berkenaan dengan Kesihatan semasa ditanah Suci Oleh Dr Adnan Dan Tazkirah dari Ustaz Yang Mengendalikan Krusus Haji.
Pada tahun ini seramai 15 orang telah terpilih menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun islam yang 5.
Bakal-bakal haji dan Hajjah ini merupakan perserta kuliah Haji di Surau Al-Barakah dan kariah Taman Mawar yang bermula dari 10 safar sehingga 9 rejap bersamaan 26 Jan sehingga 22 jun 2010.
Daripada 217 perserta kursus haji dengan purata kedatangan seramai 131 pada setiap minggu

Mereka-mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah ini ini adalah seperti berikut:-

  • Pn Normi Baweh
  • En Mohd Tahir Mansor
  • Pn Rosmah Bt Ali
  • En Md Taib Abd Wahab
  • Pn Haslinda Bt Abu Bakar
  • En Abd Rahman Mokthar
  • Pn Noriah Kadar
  • Pn Patimah Harun
  • Pn Normadiah Ahmad
  • Pn Normah Ahmad
  • Pn Habsah Mahat
  • En Nor Azlee Yunus
  • Pn Sitty Hurriyah Muhalajah
  • Hjh Jamilah Hj Yusof
  • Hjh Nor Fadilah Hj Alwi

Bagi Pihak AJK Surau Al-Barakah Mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali semoga mendapat Mengerjakan Ibadah Haji dengan sampura disamping menjaga kesihatan semasa dimekah mahupun di madinah

Saturday, July 3, 2010

kursus haji








26/06/2010 (Sabtu malam Ahad) Ajk surau Al-Barakah Taman Mawar telah menganjurkan majlis priktikal mengerjakan Haji kepada bakal-bakal haji yang akan pergi menunaikan fardu Haji ketanah suci pada tahun ini.

Pendedahan serta priktikal ini adalah bertujuan memberi kefahaman kepada bakal-bakal haji semasa ditanah suci nanti kelak.

Program tersebut bermula dari jam 6 petang dan ditamatkan pada hari Ahad Jam 7 pagi.

Bakal-bakal haji ini juga telah diberi pendedahan dari segi cara memakai Iqaram,syie, bermalam di mina serta yang berkaitan dengan ibadah Haji dan pantang larangnya.