Sunday, April 5, 2009

Sambutan Maulidurasul Surau Albarakah

Pada 04/03/2009 (Sabtu) Bersamaan dengan 08 Rabiul Akhir 1430 bertempat di Surau Al Barakah Jalan Mawar 19 Taman Mawar berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Pelbagai aturcara diadakan sebagai memperingati dengan meningkatkan kecintaan kepada Nabi SAW.

Persiapan pada hari jumaat malam sabtu, acara penyembelihan lembu (Akikah) manakala aktiviti yang dijalankan Pada sebelah Pagi yang dikelolakan oleh KRT-KRT Dalam Taman Mawar ialah Pertandingan, Bacaan Al Quran, Afazan, Azan (untuk kanak-kanak lelaki) & Pertandingan Mewarna, semantara pada sebelah malamnya ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Zamri Bin Hj Mohd Zainulabidin (pengarah Urusan Mantop Consulatncy Training).

Program ini merupakan program kerjasama Surau Al-Barakah dengan KRT-KRT Dalam Taman Mawar.
Di antara tetamu yang hadir ialah Pen.Pengarah Perpaduan Johor Bahru En Mansor Bin Hashim, Pem.Peg Perpaduan Kanan En Rozaidi Bin Ikhwan, Ketua Kg.Pasir Gudang Baru dan pemimpin masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semoga Allah jua yang akan membalasnya....



































































No comments:

Post a Comment