Sunday, July 12, 2009

Futsal Antara Masjid Dan Surau MPPG

Buat julung julung kalinya Surau AlBarakah Taman Mawar telah bergabung dengan Masjid Jamek Pasir Gudang untuk menganjurkan Pertandingan Futsal diantara masjid dan surau disekitar Pasir Gudang. Pertandingan ini telah dijalankan pada hari Ahad 12 Julai 2009 di Padang Permainan bersebelahan Surau AlBarakah di Jalan Mawar 19, Taman Mawar. Ianya bermula jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Sebelum pertandingan bermula, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Imam Mohd Azmi Mohd Ali yang merupakan Imam Masjid AnNur Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Program ini diakhiri dengan peserta pertandingan bersolat zohor berjamaah di Surau Al Barakah.

Diantara intipati Tazkirah Imam Azmi ialah peri pentingnya niat beriadah atau bersukan itu ialah untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas sterusnya kuat bagi beribadah kepada ALLAH seterusnya berupaya menjana kecemerlangan dan kekuatan Islam seluruhnya. Cara beriadah dan bersukan bagi mendapat tubuh badan yang sihat adalah bersesuaian dengan masa perlaksanaannya sebagai contoh dizaman Rasulullah memanah dan berkuda disaran sebagai cara meyediakan fizikal dan mental yang utuh bagi menghadapi peperangan dengan musuh. Manakala dizaman ini main futsal dengan mengikut tatacara yang dibenarkan oleh agama adalah wadah kearah matlamat itu.
Koordinator program ini ialah Imam Zulkifli Bin Sulong ( Imam Masjid Jamek Pasir Gudang) dan Hj Kamaradin Bin Selamat ( Tim. Pengerusi Surau AlBarakah) dengan dibantu oleh En Azman Bin Kassim ( Pengerusi Biro Rakan Muda dan Rekreasi Surau Al Barakah ).

Lapan Pasukan yang menyertai pertandingan ini ialah Surau AlBarakah Tmn Mawar, Surau Al Ittihad Tmn Air Biru, Surau Al Hafiz Tmn Bkt Dahlia, Surau Al Istiqomah Kota Masai, Masjid Jamek Pasir Gudang, Masjid An Nur Kompleks Pusat Bandar, Masjid Jamik Taman Cendana dan Masjid An Nur Kotaraya.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan diantara jawatankuasa masjid / surau disamping mengusahakan satu program agar golongan muda dapat mendekatkan diri ke masjid/surau serta melahirkan ummah yang sihat dan cergas.

Sewaktu majlis makan tengahari bersama, iltizam yang kuat telah dizahirkan oleh Mesjid Jamek Pasir Gudang dan Mesjid AlIttihad Tamn Air Biru untuk kesinambungan program ini iaitu selepas ini menganjurkan secara bersama masing-masing sukan badminton dan bola tampar. Pihak MPPG dan Wakaf ANNur amat wajar untuk bersama-sama dengan mereka menganjur dan melaksanakan bagi mejayakan program sukan ini bagi munafaat penduduk Pasir Gudang.
Program ini telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Insya Allah ianya akan dijadikan sebagai program tahunan yang akan dilaksanakan dengan lebih rapi, tersusun dan lebih banyak lagi penyertaan. Tahniah dan terimakasih kepada semua yang telibat terutamanya Tuan Hj Shahruni Bin Hj Aslam, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, ahli ahli jawatankuasa Biro Rakan Muda dan Rekreasi Surau AlBarakah yang bertindak selaku penyelaras pertandingan dan sukarelawan serta penderma yang telah menjayakan program tersebut.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Surau Al Ijtihad Tmn Air Biru yang telah menewaskan pasukan Masjid An Nur Kotaraya untuk membawa hadiah utama iaitu wang tunai RM300.00. Pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM 200.00 manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM 100.00 .Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Imam Mohd Akib Abdullah, Imam mesjid jamik Pasir Gudang, mewakili Tn Haji Shahruni yang tidak dapat hadir kerana ada urusan resmi.

2 comments:

  1. Terimakasih kepada pengerusi surau, jawatan kuasa yang menjayakan pertandingan yang julung2 kali di adakan . saya cadangakan di adakan setiap tahun .
    Imam Akib
    Masjid Jamek Pasir Gudang
    0127810078

    ReplyDelete
  2. Diharap pada tahun hadapan dan tahun tahun yang akan datang dapat di adakan acara acara yang lain terutamanya untok golongan remaja, sambil di terapkan nilai nilai Islam untok memupuk golongan remaja lebih rapat pada rumah ibadat, tidak salah faham berkenaan beriadah dalam Islam dan seterusnya menjalankan hidup harian secara Islam.

    ReplyDelete