Thursday, September 24, 2009

Majlis Khatam Quran Bulan puasa





Surau Al-Barakah Taman Mawar telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran Pada bulan puasa bagi menyempurnakan amalan pada bulan puasa.
Semoga majlis ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT.


Iman Al-Hafiz Jemputan




















Ajk surau Al-barakah Taman Mawar telah menjemput 2 orang Al-Hafiz dari Trengganu pada tahun ini untuk menjadi Imam terawih pada sepanjang bulan Puasa.
Semoga dengan kehadiran 2 orang Al-Hafiz ini akan mendorong warga muda untuk sama-sama hadir bersama-sama solat terawih.



Saturday, August 22, 2009

Sumbangan Pada Masjid & Surau
















Pada 21/08/2009 Jumaat Jam 4.00 Petang bertempat di Masjid Kg Melayu Pandan telah diadakan majlis penyampaian sempena bulan Ramadhan kepada Masjid dan Surau didalam Bahagian Pasir Gudang bagi membantu mengadakan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.
Surau Albarakah Taman Mawar yang diwakili oleh En Mohd Amin Bin Ahmad selaku Ahli Majlis Zon Mawar telah menerima Sumbangan dari Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang merangkap menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Sunday, August 9, 2009

Felda Perihatin Bersama Surau Al-Barakah

























































Pada 08/08/2009 Jam 2.00 Petang Jawatankuasa bersama Syarikat kumpulan Felda Pasir Gudang bersama dengan Surau Al-Barakah Taman Mawar telah mengadakan Program Ringankan Beban Sempena menyambut bulan Ramadan 1430 Hijrah.
Sumbangan ini telah dilaksanakan oleh Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin kepada Petugas/Keluarga Anggota JKBS Felda Pasir Gudang, Ibu tunggal/Anak Yatim/Orang Kurang Upaya dari Masyarakat kawasan Zon Mawar serta Sumbangan JKBS Kepada Surau Al-Barakah.


Semoga Dengan program yang diadakan ini akan merapatkan lagi antara Surau bersama Masyarakat.Insallah

Wednesday, August 5, 2009

Solat Hajat












Sepertimana kebiasaan yang telah dilaksanakan seperti tahun-tahun yang lepas, AJK surau Tahun ini telah mengambil keperihatinan kepada semua Murid-murid sekolah didalam Zon Mawar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini bagi mengadakan Solat Hajat agar apa yang akan diharungi oleh murid-murid yang akan mengambil peperikasan pada tahun ini berjalan dengan lancar serta beroleh kejayaan.Insallah semoga apa yang kita impikan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin